Satu amaran tsunami telah dikeluarkan selepas gempa bumi besar yang berukuran 7.4 skala Richter yang melanda Semenanjung Alaska pada pukul 2.12 petang hari ini.
Pusat Penyelidikan Geosains Jerman GFZ mengatakan bahawa gempa bumi tersebut adalah pada kedalaman 10km (enam batu).
Menurut Mirror, amaran tsunami tersebut dikeluarkan untuk Alaska Selatan dan Semenanjung Alaska. Amaran mengatakan tahap bahaya tsunami juga sedang dinilai untuk pantai Amerika Selatan dan Kanada Pasifik lain di Amerika Utara.
“Berdasarkan parameter awal gempa, gelombang tsunami berbahaya mungkin terjadi di pantai yang terletak dalam jarak 300km dari pusat gempa,” kata kenyataan amaran yang dikeluarkan.
Situasi tersebut juga masih sedang disiasat.
Walau bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sumber: Mirror