Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

AMK Buat Dua Laporan Polis Susulan Ugutan Bunuh Terhadap PM Anwar

Iqbal Yasir
Ugutan Bunuh Pm anwar
Gambar: BERNAMA

AMK Buat Dua Laporan Polis Susulan Ugutan Bunuh Terhadap PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) — Angkatan Muda Keadilan (AMK) membuat dua laporan polis berhubung video tular memaparkan seorang lelaki mengeluarkan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa operasi pengosongan 37 unit rumah di Kampung Sungai Baru di sini, hari ini.

Ketua Penerangan AMK Kuala Lumpur Mohammad Rais Hamda berkata laporan dibuat AMK Kuala Lumpur dan AMK Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 8 malam ini.

Beliau yang ditemui pemberita selepas membuat laporan itu berkata anak muda mengecam sekeras-kerasnya ugutan bunuh seumpama itu yang boleh menjejaskan keharmonian negara yang telah lama dibina.

“Kami berharap kertas siasatan akan dibuka dan pihak polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku berkenaan,” katanya yang turut ditemani Timbalan Ketua Penerangan AMK Selangor Abdullah Zaid Abdullah Sani dan ahli-ahli AMK.

Terdahulu, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan terhadap Anwar dan mendakwa dirinya pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Nuzulan Mohd Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan memaklumkan kes akan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Sumber: BERNAMA

BACA: Doktor Terkejut Temui Ratusan Bintik Putih Dalam Lutut Pesakit

BACA: JPJ Bakal Laksana Penguatkuasaan Pemakaian Tali Pinggang Keledar Kenderaan Persendirian

BACA: Tanah Runtuh Dilapor Berlaku Di Jalan Penampang-Tambunan