Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anak Mat Sabu Dipenjara Lapan Bulan Kerana Dadah – BERNAMA

Gambar:BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan terhadap anak bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu selepas didapati bersalah atas pertuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka tahun lepas.

Iklan

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Saiful Islam Mohamad, 32, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini dan mengarahkan Ahmad Saiful Islam menjalani dua tahun pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas selesai menjalani hukuman penjara itu.

— BERNAMA