Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan lima kriteria pesakit COVID-19 yang dibenarkan kuarantin sendiri di rumah masing-masing.
Berikut merupakan lima kriteria tersebut berdasarkan kenyataan KKM :
Tidak bergejala atau bergejala ringan
Bukan golongan berisiko tinggi (seperti orang tua, kanak-kanak, pesakit kronik dan wanita hamil)
Mempunyai penjaga yang sesuai
Kesesuaian rumah untuk pengasingan diri
Boleh dihubungi sepanjang masa melalui telefon
Selain itu, menurut Bernama, orang ramai yang menjalani ujian dan disahkan positif COVID-19 juga boleh melaporkan sendiri kepada pihak KKM melalui aplikasi MySejahtera.
Hal ini bagi melancarkan pengurusan kes positif wabak berkenaan serta memutuskan rantaian jangkitan dalam komuniti dengan lebih berkesan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.