Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anggota PGA Ditahan, Dipercayai Cuba Seludup Masuk Pendatang Tanpa Izin – Pesuruhjaya Polis Sarawak

KUCHING, 10 Dis- Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditahan kerana dipercayai cuba menyeludup masuk tiga pendatang asing izin melalui sempadan Kalimantan-Sarawak, di Tebakang, kira-kira 70 kilometer (km) dari sini, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang dihubungi Bernama hari ini mengesahkan penahanan anggota yang bertugas di pos kawalan Ops Benteng di Tebedu.

“Suspek ditahan bersama seorang wanita berusia 29 tahun, seorang budak perempuan berusia 13 tahun dan seorang lelaki warga Indonesia berusia 23 tahun yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Bernama difahamkan dalam siasatan awal kes ini, suspek mengaku melakukan kerja penghantaran rakyat Indonesia dengan bayaran tertentu mengikut trip perjalanan.

— BERNAMA