Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anggota Polis Disyaki Minta Wang Sogokan Daripada Pemilik Kereta Telah Dikenalpasti, Kertas Siasatan Tatatertib Telah Dibuka

Gambar: Twitter

Anggota polis yang disyaki meminta wang sogokan daripada pemilik kereta dalam satu video tular telah dikenalpasti, kata Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Nurulhuda Mohd Salleh.

Menerusi kenyataannya semalam, Nurulhuda berkata, satu kertas siasatan tatatertib telah dibuka ke atas anggota terlibat yang dirakam dalam satu video dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter baru-baru ini.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sekitar Bandar Sultan Suleiman, katanya.

“Sehubungan dengan itu, pihak polis menyeru supaya pemilik akaun atau mana-mana orang yang mempunyai maklumat lanjut supaya menghubungi pihak polis Klang Utara untuk membantu siasatan,” katanya.

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara