Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anthony Jelaskan Sebab Shuttle Selatan Guna Tren Diesel

Anthony
Kredit: Anthony Loke/ Bernama

Anthony Jelaskan Sebab Shuttle Selatan Guna Tren Diesel

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan pertanyaan ramai mengenai Shuttle Selatan yang menggunakan tren diesel.

Dalam perkongsian di Facebook, Loke berkata apabila projek landasan berkembar elektrik Gemas–Johor Baharu siap, ETS elektrik akan ambil alih laluan tersebut.

"Tren diesel yang sebelum ini berkhidmat di sana kini tidak lagi diperlukan untuk laluan itu.

"Jadi MOT ada dua pilihan iaitu tunggu dua hingga tiga tahun untuk 10 set tren EMU baharu siap dibina atau Gunakan tren yang sudah ada ini sekarang supaya rakyat Johor tidak perlu menunggu lebih lama.

"MOT membuat pertimbangan yang profesional dan memilih yang kedua.

"Hasilnya penduduk di sekitar laluan Shuttle Selatan kini adanya mod pengangkutan alternatif dari Kulai ke JB Sentral dalam masa lebih kurang 30-40 minit," ujarnya.

Menurutnya lagi, laluan Kempas Baru–Pasir Gudang yang selama ini hanya digunakan untuk kargo kini dibuka untuk penumpang buat pertama kalinya.

Ia juga tetap menjadi perkhidmatan bersubsidi, dengan kerajaan menyediakan antara RM11 juta hingga RM15 juta setahun.

"Tren EMU baharu akan tiba pada masanya. Tapi selagi rakyat boleh gunakan perkhidmatan ini sekarang, tidak ada sebab untuk menunggu," ujarnya.