Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Anwar Sahkan Malaysia Pertimbang Peroleh Peluru Berpandu Brahmos

PELURU
Kredit: Bernama

NEW DELHI, 13 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Malaysia sedang meneroka kemungkinan untuk memperoleh sistem peluru berpandu udara ke permukaan BrahMos India.

Beliau menekankan perbincangan itu masih dijalankan walaupun tiada keputusan muktamad yang dibuat setakat ini.

Dalam satu temu bual dengan NDTV India, beliau berkata perbincangan mengenai perkara itu dibuat semasa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi, namun pihak yang berhak membuat keputusan adalah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

““(Kami) telah berbincang, namun lazimnya kedudukan saya adalah melibatkan jabatan atau agensi yang berkenaan, mereka yang mempunyai kepakaran dalam tentera udara, mereka sepatutnya meneruskan perbincangan.

“Mereka telah mengadakan perbincangan awal dan saya memberitahu Perdana Menteri Modi yang saya sangat menyokong kerana hubungan ini dibina atas kepercayaan dan kami ingin mengukuhkannya dalam semua bidang,” katanya.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengakui keupayaan pertahanan India.

BrahMos merupakan peluru berpandu krus supersonik berkuasa ramjet jarak jauh yang boleh dilancarkan dari kapal selam, kapal, pesawat pejuang atau pelancar mudah alih (TEL).

Ia merupakan usaha sama antara Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO) India dan NPO Mashinostroyeniya Persekutuan Rusia, yang bersama-sama membentuk BrahMos Aerospace.

-- BERNAMA

Intipati
  • Anwar mengesahkan Malaysia sedang meneroka kemungkinan memperoleh sistem peluru berpandu BrahMos India.
  • Beliau berkata tiada keputusan muktamad dibuat, manakala TUDM berhak meneruskan penilaian.
  • BrahMos ialah peluru berpandu krus supersonik hasil usaha sama pertahanan India dan Rusia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan