Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Gambar: TikTok rahmatibrahimofficial

Apa Beza Antara Bata Merah Dan Bata Putih? Mana Lebih Baik? Abang Tukang Ni Jelaskan

Iqbal Yasir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Sebenarnya apa beza antara bata merah dan bata putih? Ini kerana kedua-duanya digunakan dalam sektor pembinaan yang sama.

Kita sedia maklum batu bata merupakan antara bahan asas yang digunakan untuk membuat struktur binaan. Namun ia mempunyai beberapa variasi yang berbeza, antaranya bata merah dan bata putih.

Bagi yang sedang merancang untuk membina rumah idaman, sebaiknya mereka perlu membuat perancangan teliti untuk memilih bahan binaan yang berkualiti agar keselamatan dan keselesaan terjamin.

Jadi, apa beza dan kegunaan untuk kedua-dua jenis bata ini? Untuk mengetahui ilmu ini dengan lebih lanjut, mari sama-sama kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh rahmatibrahimofficial di TikTok.

Bata merah atau bata putih

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di platform media sosial itu, Rahmat menyatakan bata merah diperbuat daripada tanah liat yang dibakar.

Dari segi ketahanan, bata merah dapat menahan haba dan menjadikan ruang rumah sejuk berbanding bata putih. Bagi pembangunan jenis, bertingkat, bata merah lebih disarankan.

Manakala bata putih pula, ia sesuai untuk pembinaan rumah jenis teres atau satu tingkat ke bawah. Jelasnya, sebaiknya gunalah bata yang mempunyai kelulusan daripada pihak berwajib seperti SIRIM.

Daripada segi kekurangan pula, kos bagi penggunaan bata merah adalah lebih tinggi berbanding dengan bata putih. Selain itu, permukaan dinding bata merah juga tidak sekata.

Sehubungan itu, ia memerlukan lebih banyak pasir dan simen untuk meratakannya. Untuk mendengar lebih banyak info yang disampaikan oleh Rahmat, anda boleh menonton video dibawah.

Video ini telah mendapat sambutan daripada pengguna platform media sosial itu dengan mendapat 163,000 lebih tontonan dan 16,000 tanda ‘suka’.

Perkongsian video itu telah mendapat reaksi positif dan ada sesetengahnya meminta pandangan beliau.

“Soalan yang bagus, jawapan pun bagus dan senang difahami. Semoga saudara terus berkongsi ilmu,” kata Sylvester’.

“Apa material yang boleh kurangkan bahang haba dalam rumah selain bata merah?” tanya Muhamad Amin242.

Sumber: TikTok rahmatibrahimofficial