Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Raih Perhatian Ramai, Ketahui Apa Itu Aplikasi UpScrolled
Tidak dinafikan, TikTok antara aplikasi media sosial yang menjadi pilihan hati ramai untuk berkongsi tip, berita, sukan, gaya hidup menerusi muat naik video.
Namun, baru-baru ini muncul sebuah aplikasi yang semakin mencuri perhatian ramai iaitu UpScrolled susulan gangguan perkhidmatan TikTok. Ia sekali gus mendorong pengguna untuk mencari platform alternatif.
Sehubungan itu SK kongsikan apa itu UpScrolled, aplikasi yang semakin mencuri perhatian ramai.

Dilancarkan pada 2025, UpScrolled kini semakin mendapat perhatian sebagai alternatif berpotensi kepada platform media sosial arus perdana.
Dalam bahasa yang mudah, aplikasi ini merupakan sebuah platform media sosial yang dipromosikan sebagai alternatif kepada aplikasi arus perdana seperti TikTok, X dan Meta.
UpScrolled diasaskan oleh Issam Hijazi, seorang ahli teknologi warga Australia berketurunan Palestin. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Recursive Methods Pty Ltd, yang membangunkan aplikasi ini di Australia.
Aplikasi ini dibangunkan dengan sokongan inkubator Tech for Palestine dan dibiayai secara persendirian oleh pengasasnya bersama sekumpulan kecil pelabur, tanpa penglibatan korporat gergasi.
Ia dilihat sebagai platform media sosial yang menekankan kebebasan bersuara, ketelusan serta keadilan dalam penyebaran kandungan.

UpScrolled sering digambarkan oleh penggunanya sebagai aplikasi tanpa sekatan. Ia menolak 'budaya' platform besar seperti shadowban, manipulasi algoritma dan keutamaan berbayar.
Menurut kenyataan rasmi di laman webnya, UpScrolled memperkenalkan konsep seperti tiada permainan algoritma tersembunyi, tiada keistimewaan berdasarkan bayaran atau pengaruh kewangan dan tiada shadowban.
Ini bermakna setiap pengguna mempunyai peluang yang sama untuk kandungan mereka dilihat, tanpa dikawal oleh sistem algoritma kompleks yang lazim digunakan oleh platform media sosial lain.
Untuk makluman, UpScrolled menyokong pelbagai bentuk kandungan termasuklah teks, gambar dan video.
Jadi tak hairan, UpScrolled muncul sebagai aplikasi viral yang menawarkan visi alternatif yang menekankan kebebasan, kesaksamaan dan kawalan kepada pengguna.