Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Api Kalimantan Masih Marak & Langit Bertukar Oren, Netizen Indonesia Gesa “Jangan Berhenti Bahas”

Api Kalimantan
Gambar: nizarzulme & clipperslabs

Selepas beberapa minggu, kebakaran hutan dan tanah di Indonesia dilihat masih belum reda.

Malah, beberapa perkongsian di media sosial menunjukkan asap tebal masih menyelubungi kawasan tertentu sehingga suasana langit kelihatan kemerahan dan oren.

Api Kalimantan Masih Marak

Dalam keadaan itu, beberapa netizen Indonesia menggesa orang ramai supaya tidak berhenti bercakap mengenai kebakaran tersebut kerana kesannya masih dirasai penduduk di kawasan terjejas.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Di saat para petugas bertungkus lumus memadam kebakaran, api akan muncul lagi di kawasan-kawasan lain.

Sebelum ini, pihak berkuasa memaklumkan bahawa kebakaran tersebut dijangka berlarutan sehingga awal November depan.

Ini keadaan Kalimantan Sekarang

Beberapa pengguna Threads berkongsi beberapa video yang menyaksikan keadaan 'kelam' di Kalimantan akibat api dan asap kebakaran tersebut.

“Bagi yang kata Kalimantan 'baik-baik aja', cuba buka mata luas-luas.

“Semua deretan video ini benar-benar berlaku di Kalimantan hanya dalam tempoh satu bulan terakhir ini.

“Kita perlu terus bising tentang perkara ini,” kata nizarzulme.

Seorang lagi pengguna juga mengajak masyarakat Indonesia untuk terus bercakap mengenai isu tersebut.

“Kawan-kawan jangan pernah berhenti bahas karhutla, apatah lagi di Kalimantan.

“Lihat apinya semerah itu, meremang dan sedih sangat bila tengok,” kata clipperslabs.

Perkongsian tersebut memberi gambaran bahawa kebakaran dan asap masih menjadi masalah di beberapa kawasan di Kalimantan, meskipun isu berkenaan semakin jarang diperkatakan.

Intipati
  • Kebakaran hutan dan tanah di Indonesia dilaporkan masih belum reda selepas beberapa minggu.
  • Perkongsian media sosial menunjukkan asap tebal dan langit kemerahan di beberapa kawasan Kalimantan.
  • Netizen Indonesia menggesa orang ramai terus membincangkan karhutla kerana kesannya masih dirasai.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan