Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Arab Saudi Lapor 39 Kematian, 2,504 Kes Jangkitan Baharu Covid-19

Amman: Sebanyak 39 kematian baharu COVID-19 dilaporkan di Arab Saudi pada Ahad, menjadikan jumlah kes sehingga kini 2,486, lapor agensi berita Jordan (Petra).

Iklan

Menurut laporan itu jumlah jangkitan mencecah 250,920 selepas 2,504 lagi kes baharu dicatatkan.

Jumlah kes aktif sebanyak 50,699 menyaksikan sejumlah 2,180 daripadanya dalam keadaan kritikal, sementara kes sembuh mencecah 197,735, dengan 3,517 pesakit pulih, kata Kementerian Kesihatan.

— BERNAMA