Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Arab Saudi Salur Bantuan Makanan Baharu Ke Semenanjung Gaza
GAZA, 8 Nov (Bernama-SPA) — Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) pada Jumaat menyalurkan kumpulan bantuan makanan baharu ke kawasan timur Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza melalui Pusat Kebudayaan dan Warisan Arab Saudi sebagai sebahagian daripada kutipan dana Arab Saudi yang sedang berjalan bagi menyokong rakyat Palestin.
Menurut Agensi Berita Saudi (SPA), usaha meluas KSrelief termasuk penubuhan jambatan udara dan laut, yang sehingga kini telah menghantar 71 pesawat dan lapan kapal, membawa lebih 7,655 tan bekalan makanan, perubatan serta bahan perlindungan.
Selain itu, sebanyak 20 ambulans turut diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.
KSrelief juga telah menandatangani perjanjian bernilai US$90.35 juta dengan pertubuhan antarabangsa bagi melaksanakan projek bantuan kemanusiaan di Semenanjung Gaza.
Pusat itu turut menjalankan penghantaran bantuan melalui udara dengan kerjasama Jordan bagi mengatasi penutupan lintasan sempadan dan memastikan bantuan sampai secara berterusan.
Sumber: Bernama