Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

AS Arah Diplomat Dan Keluarga Tinggalkan Arab Saudi

AS
Kredit: AFP

AS Arah Diplomat Dan Keluarga Tinggalkan Arab Saudi

Amerika Syarikat (AS) mengarahkan kesemua kakitangan Kedutaan serta ahli keluarga mereka untuk meninggalkan Arab Saudi serta-merta.

Menurut sumber diplomatik kepada AFP pada Rabu, langkah keselamatan drastik itu diambil berikutan serangan berterusan oleh kumpulan Houthi dari Yaman yang kini menyasarkan wilayah kerajaan berkenaan.

AS Arah Kakitangan Kedutaan, Keluarga Keluar

“Kesemua kakitangan Amerika dan keluarga mereka telah diarahkan untuk berlepas keluar dari Kedutaan AS di Arab Saudi,” kata sumber diplomatik tersebut.

Selain Arab Saudi, arahan pemindahan itu turut diperluas ke beberapa negara jiran di rantau berkenaan.

4 Negara Lain Juga Terlibat

Menurut sumber sama, ahli keluarga kepada kakitangan kedutaan AS di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan, Qatar dan Bahrain juga diarahkan untuk meninggalkan negara-negara berkenaan bagi mengelak sebarang risiko keselamatan.

Langkah tersebut mencerminkan kebimbangan mendalam Washington terhadap krisis keselamatan yang kian meruncing di rantau Asia Barat

Sumber:AFP
Intipati
  • AS dilaporkan mengarahkan kakitangan kedutaan dan keluarga meninggalkan Arab Saudi serta-merta.
  • Sumber diplomatik berkata langkah itu susulan serangan berterusan Houthi dari Yaman.
  • Arahan turut melibatkan keluarga kakitangan kedutaan AS di UAE, Jordan, Qatar dan Bahrain.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan