Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

AS, Eropah, China Dan UAE Lancar Misi Ke Marikh Berlumba Cari Makhluk Asing

Makhluk asing yang berada di luar angkasa telah menjadi bualan sejak dahulu lagi dan ada yang mendakwa telah melihat kapal makhluk asing atau UFO tersebut di langit.

Iklan

Terbaharu, Amerika Syarikat, Eropah, China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) merancang misi mencari alien dan mempunyai empat misi penting untuk ke planet Marikh yang dijangka akan berangkat pada musim panas tahun ini.

Bulan Julai 2020 nanti, Bumi dan Marikh berada pada kedudukan ideal untuk kapal angkasa mendarat.

Tiga daripada misi tersebut akan mendarat di planet Marikh bagi mencari jejak-jejak hidupan purba dan satu lagi misi adalah untuk melihat orbiter yang dibina UAE untuk mengkaji suasana di situ.

Terdapat beratus-ratus misi angkasa lain pada tahun 2020 yang tidak pergi ke Marikh termasuk penerbangan komersial pertama yang dikendalikan ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

Terdapat juga ratusan satelit baru yang dihantar ke ruang angkasa oleh SpaceX dan OneWeb sebagai sebahagian ‘clusters’ mereka.

NASA juga melancarkan beberapa misi ke Marikh seperti Mars 2020 Rover dan Mars Helicopter Scout yang dijalankan untuk mengumpul sampel batu dan dibawa kembali ke Bumi.

Sumber: Daily Mail