Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Atok Nenek "Fans" Ronaldo, Siap Call Cucu Subuh-Subuh Suruh Pasang TV

Atok Nenek "Fans" Ronaldo
Kredit: Threads @wraath_12

Atok Nenek "Fans" Ronaldo, Siap Call Cucu Subuh-Subuh Suruh Pasang TV

Tak dinafikan, demam Piala Dunia kali ini memang luar biasa penangannya.

Mana tidaknya, pantang ada perlawanan penting, seluruh kedai mamak, ruang tamu, sampailah ke skrin telefon bimbit masing-masing penuh dengan sorakan penyokong.

Bagi peminat fanatik bola, fasa kalah mati atau match tumpuan ni ibarat hidup dan mati.

Silap haribulan, terlepas seminit dua pun rasa menyesal tak sudah sebab takut terlepas gol ikonik atau drama minit-minit akhir.

Ada yang sanggup kunci alarm pukul 3 pagi, tak kurang juga yang gigih mohon cuti semata-mata tak nak terlepas aksi 'hidup mati' pasukan kesayangan mereka.

Subuh-Subuh Dah Cari Cucu, Kalut Takut Terlepas Tengok Ronaldo

Itulah momen menghiburkan yang dikongsikan oleh seorang cucu apabila datuk dan neneknya mahu menonton perlawanan piala dunia pagi tadi.

"Pov atok nenek kau fan ronaldo. siap call suruh pasang worldcup sebab nak tengok Ronaldo. dulu senang sebab ade astro, ni sekarang kena pasang modem, kena buka-buka rtmklik.

"Game start pukul 7. Lepas subuh atok try nak buka tapi tak dapat. so terpaksa call cucu dia. Nasib baik harini takde kelas so boleh la datang tengok sama-sama" kongsinya di Threads.

Tambahnya, dia meluahkan kegembiraan kerana dapat membantu melunaskan permintaan datuknya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga terhibur melihat gelagat datuknya yang meminati sukan bola sepak itu,

"Hahahah mesti frust ronaldo keluar.." komen seorang pengguna.

"Try check geran, dah tukar nama hang aku rasa," seloroh seorang pengguna.

"Itu kalau Ronaldo gol bicycle kick silap-silap boleh bangun buat siuu," komen seorang lagi.

Sumber:Threads