Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Australia Dilapor Batal Pembelian Vaksin COVID-19 CSL, Keputusan Ujian Klinikal Tak Tepat

Sofea
Gambar Via BBC

Australia dilapor telah membatalkan pengeluaran salah satu vaksin buatannya sendiri setelah ujian menunjukkan ia menyebabkan beberapa orang peserta percubaan memberikan keputusan HIV palsu.

Menurut BBC, negara itu sebelum ini bersetuju untuk membeli 51 juta dos vaksin yang dikembangkan oleh syarikat CSL dan University of Queensland (UQ).

CSL dan UQ menekankan bahawa hasil positif adalah salah yang bermaksud kesihatan peserta percubaan tidak berisiko.

Kerajaan negara itu mengatakan bahawa mereka sekarang telah membuat perjanjian untuk vaksin Novavax dan meningkatkan pesanan vaksin Oxford atau AstraZeneca.

Sementara itu, vaksin dari CSL dan UQ ini berada pada tahap pertama percubaan dan terbukti efektif dalam membuat antibodi.

Tetapi ia juga menghasilkan antibodi HIV pada beberapa penerima yang memperlihatkan positif palsu bagi HIV. Pun begitu ujian lebih lanjut membuktikan bahawa HIV tiada.

CSL dan UQ berkata bahawa mereka perlu mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untuk membaiki kekurangan itu.

“Ini mungkin berjaya namun kami tidak mahu mempunyai masalah dengan tahap keyakinan, ujian positif palsu ini mungkin menyebabkan beberapa kekeliruan,” kata Setiausaha Jabatan Kesihatan Australia, Brendan Murphy.

Sumber: BBC