Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Aveta Malaysia, salah satu jenama motosikal tempatan terkemuka, telah memperkenalkan varian warna Twilight Blue yang baharu dan memukau untuk model popularnya, Vanguard 250 SE, menambah sentuhan gaya yang lebih berani pada rangkaian produk yang terus berkembang.

Pelancaran kemasan metallic baharu ini turut bertepatan dengan pengiktirafan yang diterima Aveta daripada TARO atas pencapaian jualan global cemerlang bagi model Vanguard 250, satu kejayaan yang mengukuhkan kehadiran kukuh jenama ini di pasaran serta komitmennya terhadap kecemerlangan.
Twilight Blue yang diperkenalkan ini diinspirasikan daripada perubahan warna indah langit senja, melambangkan ‘sophisticated’ yang bergaya, identiti tersendiri dan tampak moden.
Kemasan metallic dengan efek kameleon ini berubah secara halus antara ton ungu, biru dan hijau apabila terkena cahaya matahari, memberi Vanguard 250 SE penampilan yang dinamik dan premium.

“Twilight Blue bukan sekadar warna baharu, ia melambangkan semangat kemajuan Aveta serta komitmen kami dalam memahami kehendak penunggang motosikal,” kata Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia.
“Kemasan metallic ini dibangunkan secara khusus berdasarkan maklum balas pengguna yang mahukan pilihan lebih berkilau dan lebih menyerlah, melengkapi pilihan matte sedia ada serta mencerminkan fokus berterusan kami untuk memenuhi apa yang benar-benar penting bagi penunggang motosikal di Malaysia.”
Pengiktirafan Global daripada TARO
Aveta Malaysia secara rasmi telah diiktiraf oleh TARO sebagai Global Top Sales Partner bagi model Vanguard 250, satu pengiktirafan dalaman berdasarkan prestasi jualan dalam kalangan rakan kongsi TARO di seluruh dunia.
Pencapaian ini mengesahkan kejayaan Aveta dalam menerajui model Vanguard 250 serta mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran utama dalam rangkaian global TARO.


“Pengiktirafan ini mencerminkan dedikasi pasukan kami, para pengedar, serta kepercayaan penunggang motosikal di Malaysia,” tambah Lim.
“Ini detik yang membanggakan bagi kami sebagai jenama Malaysia yang membuktikan kemampuannya di peringkat global.”

Ketersediaan dan Harga
Kehadiran Twilight Blue meningkatkan lagi karakter berani dan premium Vanguard 250 SE, menawarkan pilihan baharu pada harga Basic Sale Price (BSP) yang sama seperti varian warna lain.
Vanguard 250 SE terus mengekalkan prestasi kuasa, keselesaan dan kawalan yang telah menjadi pilihan penunggang motosikal, selaras dengan reputasinya sebagai skuter utama Aveta. Dengan rekaan tersendiri dan ciri-ciri canggih, varian SE kini menjadi satu-satunya versi yang ditawarkan di Malaysia susulan penghentian varian Standard.

Vanguard 250 SE dalam warna Twilight Blue kini tersedia di seluruh negara. Pengedar pilihan dan pengedar utama akan menerima stok terlebih dahulu sebelum pengedar sah lain. Pelanggan boleh melawat rangkaian pengedar pilihan Aveta yang disenaraikan di https://www.aveta.com.my/aveta-preferred-dealers untuk melihat model ini secara langsung.
Varian Twilight Blue baharu ini akan menjadi tambahan tetap dalam barisan Vanguard 250 SE, menandakan evolusi segar dalam rangkaian skuter premium Aveta.