Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat yang dijangka melanda beberapa buah negeri sehingga jam 6 petang ini.
Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Twitter MetMalaysia menunjukkan ribut petir dijangka akan berlaku di kawasan negeri Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.
Bagi negeri Perak, antara kawasan yang terlibat adalah Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Manakala di negeri Pahang pula melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Temerloh.
Selain itu, di Selangor melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Manakala di Negeri Sembilan, kawasan yang terlibat adalah Jelebu.
Beralih ke Sarawak pula, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang. Manakala di Sabah, daerah yang terlibat adalah Pedalaman Beaufort, pantai Barat, Tawau, Lahad Datu, Sandakan termasuk Telupid, Kinabatangan, Belurah dan Sandakan serta Kudat, Kota Marudu.
Ekoran ramalan cuaca ini, orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada dan mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang berisiko. Jika berada di atas jalan raya, hati-hati ketika memandu.

Sumber: MetMalaysia