Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Awas, Hujan Lebat Di 6 Negeri & 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Awas, Hujan Lebat Di 6 Negeri
Kredit: Bernama

Awas, Hujan Lebat Di 6 Negeri & 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di enam negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran tersebut melibatkan seluruh negeri Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu, hujan lebat juga diramal berlaku di negeri Perak iaitu di daerah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Di negeri Pahang, daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong juga dijangka terlibat.

Manakala di Selangor pula membabitkan kawasan Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

Amaran turut melibatkan Negeri Sembilan iaitu di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Begitu juga di Tangkak, Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di negeri Johor.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Ekoran amaran cuaca ini, orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada terutama yang berada di kawasan yang berisiko.

Bagi yang baru pulang dari tempat kerja, hati-hati memandu kereta dan menunggang motosikal. Semoga selamat sampai ke destinasi.

Orang ramai boleh melayari laman web https://www.met.gov.my/ atau Facebook Malaysian Meteorological Department untuk perkembangan keadaan cuaca.