Jabatan Meteorologi Malaysia (MET malaysia) pada jam 5.05 minit petang mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak.
Negeri yang terlibat sehingga jam 8.oo malam ini, 2 Februari adalah Perlis dan Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu).
Ia turut melanda di beberapa negeri lain di Semenanjung seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya serta beberapa kawasan di Johor (Pontian, Kulai dan Johor Bahru).
Manakala di Negeri Sarawak pula kawasan yang terlibat Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau) serta Mukah, Bintulu (Tatau) dan Miri. Di Sabah hanya kawasan pantai barat yang terlibat iaitu Tuaran dan Kota Belud.
Sumber: MET Malaysia