Putrajaya, 31 Disember – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di lapan negeri sehingga 7 petang ini.
Negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor dan Sarawak.
Berikut merupakan daerah yang dijangka bakal menerima hujan petang ini:
Seluruh Perlis
Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena)
Perak (Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)
Selangor (Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang)
WP Kuala Lumpur
WP Putrajaya
Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru)
Sarawak (Miri, Sibu, Mukah, Kapit dan Limbang)
