Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Axia Milik Doktor Jatuh Tebing, Terjunam Ke Pesisir Pantai Mengabang Telipot Sambil Dipukul Ombak

Kredit: Utusan Malaysia

KUALA NERUS – Seorang doktor wanita berdepan detik cemas ketika Perodua Axia yang dipandunya terjatuh dari tebing setinggi lima meter sebelum terjunam ke pesisir Pantai Mengabang Telipot, hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi tadi. Walau bagaimanapun, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut rakan mangsa, 38 berkata, kenderaan mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ketika di selekoh sebelum terjatuh dari tebing laluan tersebut.

Rakan mangsa terkejut apabila mendapati kereta mangsa terjunam selain turut dipukul ombak.

Sumber: Utusan Malaysia