Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ayam segar malaysia di singapura
Kredit: CNA

Ayam Segar Dari Malaysia Akan Dijual Di Pasar Raya Di Singapura Bermula Petang Khamis

Florence Nuar

Singapura – Ayam segar telah dibekalkan kembali ke Singapura hanya selepas beberapa hari Malaysia menarik balik sebahagian eksportnya dan dijangka boleh didapati di pasar raya seawal Khamis (13 Oktober) petang.

Malah menurut laporan Channel News Asia (CNA), harga ayam dijangka akan meningkat sebanyak 25 peratus iaitu lebih mahal daripada harga jualan sebelumnya.

Penjual dan pihak katering memberitahu CNA bahawa mereka tidak tergesa-gesa untuk mendapatkan daging segar itu walaupun permintaan meningkat sejak empat bulan lalu berikutan Malaysia melarang pengeksportan ayam hidup.

Muhammad Firdaus, pemilik pasar ayam di Jurong berkata dia tidak tergesa-gesa membuat tempahan seperti biasa iaitu menempah sebanyak 20 ekor ayam sehari terutamanya jika harga semakin meningkat.

“Orang ramai akan berfikir sebelum membeli,” kata Encik Firdaus. Tambahnya lagi, dia akan melihat sama ada pelanggan sanggup membelanja lebih hanya untuk membeli ayam yang segar.

Kredit: CNA

Menurut CNA lagi, sebelum ini kerajaan Malaysia telah menghentikan eksport sehingga 3.6 juta ekor ayam selama sebulan bermula 1 Jun rentetan daripada usahanya menangani isu bekalan dan harga ayam di negara ini.

Larangan itu dilakukan berikutan aduan yang diterima atas kekurangan dan kenaikan harga ayam. Tambahan pula, ada beberapa peniaga yang menjual ayam melebihi harga siling untuk menampung kos mereka.

Sebelum larangan tersebut dilakukan, kira-kira satu pertiga bekalan ayam di Singapura dibekalkan dari negara jiran di seberang Tambak.

Perasaan bercelaru

Sesetengah penjual tidak pasti sama ada penarikan separa larangan ini hanya untuk separuh daripada eksport biasa Malaysia atau 1.8 juta ekor ayam akan membantu perniagaan mereka.

Pemilik Hua Sheng Chicken, Luo Jing Xian berkata, bekalan yang terhad itu boleh menyebabkan harga semakin meningkat iaitu antara 30 hingga 40 peratus.

Seorang penjual (tidak didedahkan identiti) berkata, bekalan itu tidak mencukupi untuk keseluruhan pasaran.

“Kami tidak mempunyai cara untuk bersaing dengan pihak yang lebih besar.

“Semakin banyak kita bersaing, semakin tinggi harga akan naik. Perkara ini akan meninggalkan kesan buruk kepada kita,” tambahnya.

Sementara itu Pengarah Katong Katering Wayge berharap dengan kembalinya pasaran daging ayam seperti biasa akan dapat menurunkan permintaan dan harga.

“Berbanding pula dengan pengguna pasaran yang lain, kami tidak perlu menggunakan ayam segar.

Kami hanya menggunakannya untuk kari ayam atau rendang ayam, jadi ia lebih berat pada rasa tetapi anda tidak mungkin dapat membezakannya.

“Mungkin apabila mereka mempunyai lebih banyak bekalan dan harga sudah kembali stabil, maka kita akan membuat pertukaran,” katanya.

Kredit: CNA

Mengambil semula bekalan

Namun, ada juga yang gembira dengan adanya bekalan ayam hidup dari Malaysia.

Seorang penjaja (merahsiakan identitinya) menyatakan bahawa dia akan membeli ayam segar apabila bekalan ayam sudah sampai di Singapura.

Hal ini kerana ada sesetengah orang tidak menyukai rasa ayam sudah dibekukan.”

Sementara itu, kedai runcit juga telah membuat persediaan pesanan seperti biasa.

Pasar raya yang dihubungi mengatakan mereka akan memulihkan talian secepat mungkin dan sedang mengesahkan garis masa yang sesuai dengan para pembekal ayam.

Buat masa kini, mereka masih mendapatkan bekalan ayam dari negara Thailand dan Brazil.

Seorang wakil daripada NTUC FairPrice berkata, “Sebagai peruncit makanan utama, kami akan terus menggunakan strategi untuk mempelbagaikan sumber untuk melindungi pengguna daripada terputus bekalan,”

Sumber: CNA