Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang merangkul pingat emas dalam acara keirin lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya di Velodrom Izu, sebentar tadi.
Azizulhasni Awang rangkul emas
Henjutan pada saat akhir oleh ‘Pocket Rocketman’ itu memastikan beliau menamatkan perlumbaan di tempat pertama selepas menewaskan pencabar terdekat dari China, Li Zhiwei dengan catatan masa 10.330 saat.
Seorang lagi wakil negara, Shah Firdaus Sahrom, menamatkan saingan di tempat kelima dengan catatan masa 10.678 saat.
Pingat emas itu turut melengkapkan koleksi Azizulhasni dalam acara keirin di pentas Sukan Asia, selepas beliau sebelum ini meraih emas pada edisi Guangzhou 2010 dan gangsa di Jakarta 2018.
Sukan Asia Aichi-Nagoya kali ini dilaporkan menjadi penampilan terakhir Azizulhasni di temasya berkenaan.

