Utama

Trivia

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Trivia

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Bahagia Berganda, Wanita Dapat Hadiah Kereta Dari Suami Ketika Konvo
Setelah berhempas pulas menuntut ilmu selama bertahun-tahun di universiti, hari graduasi menjadi momen yang paling bermakna untuk setiap pelajar.
Selain mendapat sijil pengiktirafan di atas pencapaian dalam pengajian, hari graduasi juga menjadi ‘ruang’ untuk keluarga dan sanak saudara berkumpul dan bergembira.
Lebih bermakna apabila mendapat hadiah istimewa dari orang tersayang ketika hari tersebut.
Seperti seorang graduan Master Sains Komputer, Nur Queen Sayang, yang berkongsi detik-detik ketika mendapat hadiah kereta dari suaminya.
Menerusi video di akaun TikTok miliknya, Queen mendapat kejutan itu sambil disaksikan oleh ahli keluarga yang lain.
“Alhamdulillah, saya betul-betul tak terkata dapat kejutan ini dan masih lagi terkejut. Terima kasih suami untuk hadiah kereta ini,” katanya.
Queen juga berkata dia bersyukur kerana mempunyai sistem sokong yang begitu kuat dari keluarganya dan juga keluarga suaminya.
“Saya tidak dapat melakukan semua ini (pengajian) tanpa kamu semua,” katanya.
Video itu juga mencuri tumpuan kerana selain keluarga, ada beberapa orang di situ turut memberikan sorakan kepada Queen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada wanita itu dan turut terharu melihat kejutan tersebut.
“Dah la selempang pink. Master pulak. Ehh lawa pulak. Dapat husband sweet pulak”
“Bahagia tengok wanita lain dibahagiakan”
“Untungnya kehidupan dia”
“Tengok macam ni pun boleh nangis, tahniah sis! Suka tengok orang cantik”
“Seorang wanita bahagia semua pompuan tumpang gembira”
“Tahniah, adik Queen Sayang memang seorang yang bertuah. Semoga berbahagia bersama suami tercinta,”
Dalam satu lagi video yang lain, orang ramai turut kagum melihat keputusan pengajian Queen.
Untuk pengetahuan, wanita tersebut mendapat Excellence Master Award ketika Majlis Konvokesyen ke-102 Universiti Teknologi Mara (UITM).
“Masyallah, tahniah awak serba lengkap buat sis. Cantik dan bijaksana”
“Makan apa la ek cerdik gini sekali, tahniah awak. Macam ni baru full package”
“Nama cantik macam orang dia jugak. Tahniah”
“Saya ingat dia pernah viral sebab nama dia sangat unik..orangnya pun bijak dan cantik”
Sumber: nurqueensayang