Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa

Bajet 2022 Lulus Di Peringkat Dasar, ‘Hadiah’ RM100 Juta Antara Tarikan Minggu Keempat Dewan Rakyat

Azmil

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Persidangan Dewan Rakyat minggu keempat menyaksikan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2022 diluluskan di peringkat dasar, selain isu-isu seperti penggunaan kanabis dan pelaksanaan rangkaian 5G antara yang dibangkitkan Ahli Parlimen.

Sebanyak 31 Kementerian terlibat dalam sesi penggulungan selama empat hari sepanjang minggu ini, selepas RUU itu dibahas 131 Ahli Parlimen selama dua minggu sebelum ini.

RUU ini seterusnya akan dibahas di peringkat jawatankuasa mulai Isnin ini sebelum diluluskan dan dibawa ke Dewan Negara.

Minggu ini juga menyaksikan persidangan agak ‘panas’ apabila Ahli Parlimen blok pembangkang membangkitkan isu berkaitan siasatan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), larangan penjualan arak dan peruntukan RM100 juta sebagai ‘hadiah’ kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menjawab isu kanabis ditimbulkan beberapa Ahli Parlimen, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata permohonan penggunaannya bagi tujuan perubatan boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah untuk dinilai dan didaftarkan sekiranya mempunyai bukti saintifik mencukupi untuk dipasarkan.

Isu pelaksanaan rangkaian 5G pula ditimbulkan beberapa Ahli Parlimen yang menyoal kewajaran kerajaan melaksanakan rangkaian berkenaan menggunakan konsep single wholesale network system melalui syarikat Digital Nasional Berhad (DNB) berbanding konsep multi system.

Dalam hal ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menjelaskan bahawa pihak DNB tidak menggunakan dana secara langsung kerajaan dan tiada sebarang jaminan kerajaan diberikan, selain syarikat terbabit turut diarahkan memberikan taklimat kepada semua Ahli Parlimen tentang pelaksanaan rangkaian itu.

Selain itu, Dewan Rakyat juga dimaklumkan mengenai cadangan penggubalan akta khusus berkaitan pensijilan halal yang sedang diteliti, kos mengerjakan ibadah haji yang dijangka meningkat dan senarai Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja Lembaga Tabung Haji yang akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum diumumkan.

Turut dimaklumkan ialah mengenai Kerangka Dasar Luar baharu yang sedang digubal Wisma Putra yang akan memasukkan beberapa pendekatan baharu termasuk diplomasi budaya, manakala kerangka undang-undang berkaitan perubahan iklim pula dijangka siap awal tahun hadapan.

Persidangan minggu ini bagaimanapun tidak begitu ‘meriah’ malah ada sesi penggulungan beberapa kementerian hanya dijalankan kira-kira 20 minit susulan kebanyakan Ahli Parlimen yang membangkitkan soalan ketika sesi perbahasan tidak berada di dalam Dewan ketika sesi penggulungan.

— BERNAMA