Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

BAJET 2023: Cukai Pendapatan Diturunkan 2 Peratus Mengikut Banjaran Pendapatan

BAJET 2023: Cukai Pendapatan Diturunkan 2 Peratus Mengikut Banjaran Pendapatan

Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz sebentar tadi membentangkan Bajet 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama.

Menerusi pembentangan tersebut, beliau mengumumkan kadar cukai pendapatan dikurangkan 2% iaitu Banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 turun daripada 13% ke 11%, manakala Banjaran pendapatan bercukai RM70,001 hingga RM100,000 pula turun daripada 21% ke 19%.

Selain berita gembira tersebut, kerajaan juga mengumumkan pengecualian cukai bagi wanita, ke atas pendapatan taksiran diterima 2023 sehingga 2028.

Pemberian pengecualian tersebut bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah tempoh ‘career break’.

Dalam pada itu, kerajaan memperuntukkan keseluruhan RM 372.3 bilion untuk Bajet 2023, berbanding RM 332.1 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet 2022.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM 272.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus, RM 95 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, RM 5 bilion dibawah Kumpulan Wang Covid-19 serta RM 2 bilion disediakan sebagai Simpanan Luar Jangka.