Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ibu bapa bakal menikmati pelepasan cukai sebanyak RM 3,000 ke atas bayaran yuran taska dan tadika tahun depan sehingga tahun taksiran 2024.
Berita baik berkenaan diumumkan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz sebentar tadi.
Pengumuman tersebut dibuat beliau ketika membentangkan Baejt 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama.
Selain bantuan-bantuan tersebut, beliau turut mengumumkan bantuan-bantuan lain yang akan memberikan banyak manfaat kepada penerimanya.
Antara yang diumumkan adalah BKM sebanyak RM 2,500 untuk isi rumah berpendapatan dibawah RM 2,500 dengan lima anak atau lebih. Manakala bagi isi rumah dengan isi rumah sehingga empat anak pula, layak menerima BKM diantara RM 1,000 sehingga RM 2,000.
Seterusnya, bagi warga emas tiada pasangan pula, mereka menerima BKM sebanyak RM 600 manakala golongan bujang pula menerima RM 350. Bagaimanapun, pemberian BKM ini bergantung kepada had pendapatan.
Sumber: Kementerian Kewangan