Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bak "Sungai Api", Kawasan Pelancongan Gunung Bromo Kembali Terbakar

Kawasan pelancongan Gunung Bromo
Kredit: Kompas.com

Kawasan pelancongan Gunung Bromo, Jawa Timur, kembali dilanda kebakaran pada Khamis, dengan api dilaporkan merebak di kawasan Bukit Kawinajang atau lebih dikenali sebagai Bukit Teletubies.

Kawasan pelancongan Gunung Bromo kembali terbakar

Berdasarkan maklumat yang tular di media sosial, kebakaran itu turut dirakam dalam video yang diterima Kompas.com, menunjukkan api merebak ketika kawasan berkenaan dilanda tiupan angin kencang.

Ketua Bahagian Urusan Pentadbiran Balai Besar Taman Nasional Bromo Tengger Semeru (BBTNBTS), Bambang Suriyono, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menuju ke lokasi.

“Benar kebakaran, saat ini sedang menuju ke kawasan,” katanya menerusi panggilan telefon pada Khamis.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam BBTNBTS, Endrip Wahyutama, berkata kebakaran berlaku di Blok Savana Pengol, Kabupaten Probolinggo.

Kredit: Detik.com

Beliau berkata kawasan berkenaan terletak di sebelah selatan Gunung Bromo dan merupakan kawasan padang rumput yang sering dikunjungi pelancong.

“Betul (kebakaran) di sekitar Savana Pengol,” katanya.

Setakat ini, keluasan kawasan yang terbakar masih belum diketahui.

Petugas masih menjalankan usaha memadamkan kebakaran selain membuat sekatan bagi mengelakkan api daripada terus merebak.

Sumber:Kompas.com
Intipati
  • Kebakaran kembali melanda kawasan pelancongan Gunung Bromo, Jawa Timur, pada Khamis.
  • Api dilaporkan merebak di Bukit Teletubies ketika kawasan itu dilanda angin kencang.
  • BBTNBTS berkata keluasan terbakar belum diketahui, manakala usaha pemadaman masih dijalankan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan