Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
banjir jalan terengganu
Gambar: Bernama

Banjir: 32 Jalan Ditutup Di Terengganu

Iqbal Yasir

Banjir: 32 Jalan Ditutup Di Terengganu

BANDAR PERMAISURI, 28 Nov (Bernama) — Sebanyak 32 jalan membabitkan jalan persekutuan dan jalan negeri di Terengganu ditutup setakat 10 pagi tadi susulan keadaan banjir semakin memburuk.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menerusi laporan hari ini memaklumkan kesemua jalan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan setelah dilimpahi air melebihi kedalaman 0.76 meter (m).

“Ia membabitkan 12 jalan di daerah Hulu Terengganu antaranya Jalan Bukit Perah-Kuala Kejir di Kampung Jak dan Kuala Kejir, Jalan Simpang Gaung-Sungai Tong di Kampung Teris, Jalan Utama Bukit Diman-Tersat di Kampung Pengkalan Ajal dan Jalan Aring 8-Kuala Jeneris di Kampung Pasir Dula.

“Enam jalan ditutup di daerah Setiu termasuk Jalan Chalok di Kampung Lubok Panjang dan Jalan Kampung Bukit di Kampung Bukit manakala masing-masing lima jalan ditutup di daerah Kemaman dan Dungun, termasuk empat di Besut,” menurut laporan itu.

Laporan itu memaklumkan 13 jalan iaitu lima di Setiu, Hulu Terengganu (tiga), Besut (dua), dan masing-masing satu di Kemaman, Marang dan Dungun yang dinaiki air sedalam 0.35m hingga 0.75m pula ditutup untuk kenderaan ringan.

Menurut kenyataan itu, hanya Jalan Kenyir-Aring di Kilometer 87-89 di Hulu Terengganu berlakunya masalah jalan mendap setakat ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di seluruh Terengganu bermula semalam hingga Jumaat ini.

Sumber: BERNAMA

BACA: Terlekat Uri Lepas Bersalin, Wanita Dikejarkan Ke Hospital Tanah Merah

BACA: TNB Tutup 14 Lagi Pencawang Elektrik Di Kelantan