Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Banjir Nepal: Polis Keluarkan Senarai Nama Individu Yang Hilang

Senarai nama individu yang hilang
Kredit: AFP

HYDERABAD (Bernama) -- Polis Nepal pada Khamis mengeluarkan senarai nama individu yang hilang dalam bencana banjir di negara itu, termasuk warga asing.

Senarai tidak lengkap yang disiarkan di laman Facebook Polis Nepal setakat 1 tengah hari waktu tempatan memaparkan nama lapan wanita dan 15 lelaki dari Malaysia yang dilaporkan hilang.

Senarai itu antara lain mengandungi nama, tarikh lahir dan negara asal mereka.

Nama yang disenaraikan ialah:

1. Mohd Fakhrul Munir Bin Mohd Isa, 44

2. Mangala Vanan Krishnasamy, 50

3. Malani M Vellu, 49

4. Lingam Samykanoo, 49

5. Letchumy Sinnappan, 47

6. Krishnan Vadivelu, 74

7. Komathi Rethinam, 48

8. Kirubanithi Alagappan, 38

9. Karunanithi Sundram, 65

10. Kannan Kerisna, 51

11. Kalaiselvi P Narayanasamy, 65

12. Kalai Mathe Karuppaiah, 57

13. Jason Ngeow, 56

14. Inthumathy Subramaniam, 54

15. Gunavathy Muthusamy, 60

16. Gunanesan Vellaisamy, 58

17. Eswary Maniraj, 35

18. Brabaakaran Krishnan, 47

19. Balasingam Kesavan, 71

20. Azman Bin Karim, 60

21. Arunasalam Karuppiah, 70

22. Appannah A Muthaloo, 56

23. A Ganesan Anandan, 52

Terdahulu, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jumlah rakyat Malaysia yang masih hilang susulan banjir yang membawa kemusnahan besar di Nepal masih belum disahkan oleh pihak berkuasa negara itu.

Sementara itu, Polis Nepal turut menyediakan senarai dan gambar mayat mangsa yang belum dikenal pasti dalam bencana itu bagi membantu ahli keluarga membuat pengecaman.

Senarai dan gambar berkenaan boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang terdapat di laman Facebook Polis Nepal.

Sumber:BERNAMA
Intipati
  • Polis Nepal mengeluarkan senarai individu hilang dalam bencana banjir, termasuk warga asing.
  • Senarai tidak lengkap itu memaparkan 23 rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang setakat Khamis.
  • Polis Nepal turut menyediakan senarai dan gambar mayat belum dikenal pasti untuk pengecaman keluarga.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan