Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
langkah keselamatan elektrik gas
Kredit: Bernama

Banjir: Orang Ramai Diminta Ambil Langkah Keselamatan Elektrik Dan Gas

Azizah Najib

Banjir: Orang Ramai Diminta Ambil Langkah Keselamatan Elektrik Dan Gas

PUTRAJAYA, 16 Okt (Bernama) — Orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan elektrik dan gas di musim banjir berikutan pelbagai risiko antaranya tiang elektrik tumbang, talian elektrik terputus dan kerosakan kelengkapan elektrik dan gas.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Tenaga (ST) orang ramai perlu mengambil langkah-langkah pengawasan sebelum banjir, semasa dan selepas banjir.

“Sekiranya diarah berpindah, orang ramai perlu memastikan kelengkapan elektrik disimpan di tempat yang tinggi dan selamat daripada ditenggelami air banjir serta matikan suis bekalan utama di papan agihan elektrik.

BACA: Guna Plastik Sampah Je, Ini Cara Mudah Atasi Masalah Tandas Tersumbat

“Pepasangan elektrik yang disambung secara berasingan perlu dimatikan daripada suis utama seperti solar PV atau pagar elektrik dan tutup injap silinder gas atau gas berpaip,” menurut kenyataan itu.

ST memaklumkan orang ramai juga perlu mengelak daripada melalui kawasan yang mempunyai talian elektrik atau pepasangan elektrik seperti pencawang dan bilik suis elektrik yang ditenggelami air selain tidak memegang tiang atau apa-apa struktur yang menyalurkan elektrik ketika banjir.

“Orang ramai diminta tidak mengalihkan tiang elektrik yang tumbang atau talian yang putus dan segera melaporkan kepada pihak utiliti elektrik,” menurut kenyataan itu.

Menurut ST, langkah selepas banjir adalah memastikan suis utama di papan agihan elektrik dan injap saluran gas berada pada kedudukan ‘OFF’ (ditutup) sebelum kerja pembersihan dimulakan.

BACA: Kira Siap-Siap, Lelaki Kongsi Bajet Belanja Untuk Masuk Rumah Baharu

“Sebelum menghidupkan suis utama, pastikan kelengkapan elektrik dalam keadaan baik dan kering serta sentiasa berwaspada apabila menjalankan aktiviti pembersihan banjir berdekatan dengan talian, struktur pepasangan elektrik dan saluran gas berpaip,” menurut suruhanjaya itu.

ST turut mengingatkan orang ramai agar mengelak menggunakan kelengkapan elektrik dan gas yang diragui keselamatannya dan mendapatkan perkhidmatan kontraktor elektrik atau gas yang berdaftar dengan suruhanjaya itu sekiranya meragui keselamatan sistem elektrik dan gas berpaip.

ST turut menasihati orang ramai agar menyimpan nombor telefon pejabat bagi kecemasan seperti balai polis, bomba, hospital dan syarikat utiliti berdekatan.

BACA: Status Terkini Kajian Lemon Law Dan Kerjasama Strategik Bank Negara Malaysia (BNM) Dan KPDN

Sumber: Bernama