Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bank-Bank Mampu Melaksanakan Lanjutan Moratorium Kerana Mempunyai Penampan Yang Mencukupi – Timb. Menteri Kewangan 1

Pada 29 Julai lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa lanjutan moratorium tiga bulan bagi individu yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan berikutan impak daripada pandemik koronavirus (Covid-19) manakala yang selebihnya kerajaan akan melaksanakan pendekatan bersasar.

Pada hari ini, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Abdul Rahim Bakri mengatakan bahawa bank-bank berkemampuan melaksanakan lanjutan moratorium kerana mempunyai penampan yang mencukupi

Menurutnya lagi berkata, setiap keputusan lanjutan moratorium dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia serta menerusi penglibatan Persatuan Bank-Bank Malaysia.

“Sebanyak RM66 bilion telah digunakan oleh bank-bank di bawah pakej moratorium setakat ini daripada RM100 bilion yang diperuntukkan melalui pakej rangsangan ekonomi,” jelasnya lagi.

Sumber: Bernama