Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Bantu Anak Kami Pulang,” Pasar Raya China Menjual Air Botol Dengan Iklan Anak Hilang Untuk Bantu Ibu Bapa

Sebuah pasar raya di China telah membantu ibu bapa untuk menjejaki anak mereka yang hilang dengan menjual botol air mineral yang berlabel maklumat lengkap mengenai anak mereka yang hilang.

Bungkusan produk pada botol mineral telah dicetak dengan gambar dan maklumat kanak-kanak yang hilang dijual di sebuah kedai runcit di bandar China utara Xi’an.

Air botol yang membawa iklan anak hilang adalah kempen yang dimulakan oleh Bao Bei Hui Jia, atau 'Baby Come Home', sebuah badan amal utama China yang membantu keluarga mencari anak-anak mereka yang hilang

Air botol yang dicetak dengan iklan kanak-kanak yang hilang adalah satu kempen yang dimulakan oleh ‘Baby Come Home’ iaitu sebuah badan amal yang utama di China bagi membantu keluarga yang kehilangan anak mereka.

Organisasi itu telah bekerjasama dengan sebuah syarikat minuman untuk menjual air dengan meletakkan label maklumat mengenai kanak-kanak yang hilang. Label tersebut mengandungi gambar kanak-kanak bersama lokasi dan tarikh kanak-kanak itu hilang dan diletakkan bersama tarikh lahir.

Sejak 2017, organisasi itu bekerjasama dengan Lanxiang, sebuah syarikat minuman Cina, untuk menjual air soda berlabel maklumat mengenai anak-anak yang hilang, kata laporan

Mereka telah memilih untuk meletakkan ayat ‘Tidak kira siapa anda, tolong bantu anak kami pulang ke rumah’ pada iklan tersebut. Kes penculikkan kanak-kanak di China merupakan diantara kes yang paling serius. Kira-kira 200,000 kanak-kanak dianggarkan hilang setiap tahun.

Penculikan kanak-kanak adalah masalah serius di China. Kira-kira 200,000 kanak-kanak lelaki dan perempuan dianggarkan hilang setiap tahun, menurut laporan. Gambar menunjukkan air botol yang membawa iklan kanak-kanak yang hilang di pasar raya di bandar Xi'an, Shaanxi, wilayah tengah China

Justeru itu, setiap maklumat pada botol minuman berkenaan akan dikemas kini secara berkala sebaik sahaja kanak-kanak itu dijumpai. Tambahan pula, organisasi ini turut bekerjasama dengan perniagaan China untuk membantu memperluaskan pencarian kanak-kanak yang hilang dengan memaparkan iklan tersebut.

Pasar raya di China telah berusaha untuk menyatukan kembali anak lelaki dan anak perempuan yang hilang dengan ibu bapa mereka yang putus asa dengan menjual air botol yang berlabel iklan anak yang hilang

Sumber: Dailymail