Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bantuan Tunai Tambahan BUDI Diesel Bagi Tempoh Interim Disalur Hari Ini

Bantuan Tunai BUDI Diesel
Kredit: Bernama

Bantuan Tunai Tambahan BUDI Diesel Bagi Tempoh Interim Disalur Hari Ini

PUTRAJAYA -- Bantuan Tunai Tambahan RM100 BUDI Diesel bagi bulan Mac 2026 mula disalurkan hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagi bulan Mac 2026, penerima BUDI Diesel Individu dan BUDI Diesel Agri-Komoditi menerima tambahan bantuan tunai sebanyak RM100, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan bagi bulan ini meningkat kepada RM300.

"Kerajaan MADANI kekal komited dalam melindungi kesejahteraan rakyat khususnya dalam menghadapi cabaran kenaikan harga minyak global.

"Langkah ini memastikan golongan yang terkesan terus mendapat sokongan sewajarnya, selari dengan usaha berterusan Kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat" maklum kenyataan itu.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan untuk mengekalkan subsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 pada RM1.99 seliter dan menaikkan bantuan tunai BUDI Diesel kepada RM300 sebulan daripada RM200 bagi tempoh interim.