Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Asalnya Nak Main Bola Sepak Dengan Rakan, Sekali Jadi Wakil Sekolah Sukan Bola Tampar

Wakil Bola Tampar
Kredit: Threads @zaikarim
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kalau minat anak dalam bidang sukan itu memang sudah ada dalam diri, apa sahaja halangan pasti akan mereka cuba atasi asalkan dapat melepaskan gian untuk bersukan.

Sampaikan tidak kira apa jenis sukan sekalipun, dapat bermain dan meluangkan masa bersama rakan-rakan, itu pun sudah cukup untuk membuatkan mereka teruja dan gembira.

Begitulah kisah anak kepada @zaikarim yang pada awalnya hanya mahu meluangkan masa dan bermain bola sepak bersama rakan-rakan, sebelum akhirnya terpilih sebagai wakil sekolah dalam sukan bola tampar.

Anak Jadi Wakil Bola Tampar Sekolah Tanpa Sengaja

Menerusi satu hantaran di Threads, @zaikarim berkongsi, pada tahun 2025 anaknya memaklumkan bahawa sekolahnya menganjurkan permainan bola sepak pada petang hari itu.

Namun, apa yang menggelikan hati apabila @zaikarim bertanyakan kepada guru yang dikatakan bertugas pada acara berkenaan, tetapi guru tersebut pula menafikan mengetahui tentang acara itu.

“Rupanya bukan aku sorang. Cikgu cakap ada dua ke tiga orang ibu bapa lain pun mesej tanya benda yang lebih kurang sama.

“Barulah cerita sebenar terbongkar. Budak-budak ni sebenarnya nak main bola sepak dekat padang dengan kawan-kawan lepas sekolah. Amboii pandai ko petik nama cikgu eh,” seloroh @zaikarim.

Kebetulan pada petang anaknya sepatutnya bermain bola sepak, sekolah pula mengadakan pemilihan bola tampar menyebabkan anaknya dan rakan-rakan tidak dapat menggunakan padang sekolah.

Bagaimanapun, menurut @zaikarim anaknya memilih untuk menyertai pemilihan bola tampar tersebut asalkan dapat bermain bola sepak dan bersukan.

“Pergilah dia pemilihan. Tak ada latihan. Tak ada impian besar. Tak pernah pun balik rumah cakap, 'Mama, adik nak jadi pemain bola tampar.' Tak ada,” katanya.

Ujar @zaikarim, anaknya hanya mahu bermain bola sepak dengan rakan-rakan namun terpilih pula menjadi wakil sekolah dalam sukan bola tampar.

Dalam pada itu, @zaikarim turut meluahkan rasa bangga terhadap anaknya walaupun anaknya itu seringkali terlibat dalam sesuatu perkara tanpa sengaja.

Ujarnya, sebelum ini anaknya pernah masuk ke dalam aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang berpunca salah faham, namun akhirnya terpilih menjadi wakil sekolah atas kapasiti aktiviti STEM.

“Tengoklah budak yang asalnya cuma nak main bola sepak dekat padang tu. Dah berdiri belakang service line, pakai jersi sekolah, servis untuk sekolah dia.

“Aku dah tak tahu nak panggil apa. STEM pun masuk sebab salah faham, akhirnya jadi wakil sekolah. Bola tampar pun masuk sebab tak dapat main bola sepak dengan kawan, akhirnya jadi wakil sekolah,” katanya.

@zaikarim turut berseloroh mungkin anaknya tidak memilih aktiviti kokurikulum sebaliknya aktiviti kokurikulum yang memilihnya.

Intipati
  • Anak @zaikarim asalnya mahu bermain bola sepak bersama rakan selepas waktu sekolah.
  • Sekolah mengadakan pemilihan bola tampar, menyebabkan murid itu menyertainya tanpa perancangan awal.
  • Dia akhirnya terpilih sebagai wakil sekolah, menurut perkongsian @zaikarim di Threads.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan