Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Air cincau menjadi satu minuman popular terutamanya ketika Ramadan. Rasanya yang kenyal, enak, segar dan sejuk apabila dicampur air batu sangat sesuai diminum untuk menghilangkan dahaga. Ditambah pula dalam sirap bandung atau soya, fuhh memang sedap!
Ramai beranggapan bahawa cincau dihasilkan dari agar-agar namun ternyata ianya salah. Cincau hitam sebenarnya berasal daripada pokok cincau atau grass jelly dengan mengambil bahagian daun dan ranting yang telah dikeringkan.
Menerusi perkongsian oleh Faidah Ahmad menerusi Group Facebook MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL, beliau berkongsi mengenai tanaman cincau yang ditanam sendiri di rumahnya sebelum dibekukan. Perkongsian tersebut menjadi tular di Facebook dengan mendapat 7.2 ribu ‘likes’ dan ribuan komen oleh wargenet.





Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet juga dilihat teruja dan tidak mengetahui cincau sebenarnya berasal daripada tumbuhan. Ramai yang menyangka cincau adalah sejenis agar-agar yang ditambah pewarna.



Sumber: FB Faidah Ahmad via MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL