Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Batang Kali: Empat Mayat Ditemukan Bergulung Dengan Khemah – Polis

Syed Faisal Sayed Muhammad
Empat mayat ditemukan bergulung
Kredit BERNAMA

Batang Kali: Empat mayat ditemukan bergulung dengan khemah – Polis

BATANG KALI, 22 Dis (Bernama) — Empat mayat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya di sini, ditemukan dalam keadaan bergulung dengan satu kanvas khemah pada 11.04 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata keempat-empat mayat itu terdiri daripada satu lelaki dan wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

“Kesemua mayat berkenaan ditemukan dalam satu khemah yang sama di Sektor C pada kedalaman tujuh meter, lengkap berpakaian dan sudah mula mereput.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Ni Kena Teliti Betul-Betul Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

“Buat masa ini identiti mereka masih belum dikenal pasti. Jadi, polis tidak dapat mengesahkan sama ada kesemua mayat ini merupakan anggota keluarga atau tidak,” katanya pada sidang media di Pos Kawasan Tempat Kejadian (PKTK) di sini hari ini.

Kesemua mayat berkenaan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

Sumber: BERNAMA