Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bayaran Fasa Ketiga Bantuan Sara Hidup Dibuat Bermula 24 Julai Ini

bsh fasa ketiga
Kredit: Bernama

Putrajaya, 20 Julai – Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan diberi bermula Jumaat ini.

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia, peruntukan sebanyak RM3.0 bilion akan diberi kepada hampir 4.28 juta penerima di Malaysia.

Ia akan memberi manfaat kepada lebih 3.75 juta isi rumah dan 0.53 individu bujang berusia 40 hingga 59 tahun serta 3.8 juta anak kepada penerima BSH yang berusia 18 tahun ke bawah.

Tempoh rayuan akan dibuka bermula 7 Ogos sehingga 6 September 2020. Rayuan boleh dibuat di portal rasmi BSH. Pemohon juga boleh hadir ke mana-mana cawangan LHDN atau Pusat Khidmat Hasil atau Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Maklumat mengenai pembayaran BSH boleh dirujuk dalam jadual di bawah:

Sumber: Bernama TV