Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bayi 14 Bulan Kritikal, Ibu Ditahan Kerana Didakwa Sebabkan Kebakaran Kereta

Gambar: Daily Star

Seorang ibu ditahan selepas kanak-kanak lelaki berusia 14 bulan berada dalam keadaan kritikal apabila terperangkap dalam sebuah kereta yang terbakar, lapor Daily Star.

Pejalan kaki yang melihat kejadian itu menarik kanak-kanak itu yang didakwa berbau ‘cairan ringan’, keluar dari kereta yang terbakar di sebelah lebuh raya Columbia pada Ahad lalu.

Api itu kelihatan di sebelah Interstate-126 sekitar jam 1.30 tengah hari.

Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, pegawai melaporkan bahawa wanita berusia 23 tahun itu dan bayinya berbau ‘accelerant’ yang digunakan bagi ‘mencetuskan’ api.

Gambar: Daily Star

WACH melaporkan bahawa wanita itu ditahan kerana didakwa menyebabkan kebakaran pada keretanya dengan anak kecilnya yang masih berada dalam kenderaan tersebut.

Dia dituduh dengan sengaja menggunakan alat pencetus kebakaran dengan menyebabkan cedera atau kematian.

Anak kecil tersebut telah mengalami beberapa kesan luka terbakar yang teruk dan kini berada dalam keadaaan kritikal di hospital.

Sumber: Daily Star