Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Beberapa Kawasan, Jalan Di Kluang & Johor Baharu Dipercayai Dilanda Banjir Kilat

Kredit: Facebook

Kejadian banjir kilat dipercayai berlaku di beberapa kawasan di Kluang dan Johor Bahru susulan hujan lebat berterusan.

Berdasarkan sebuah video daripada netizen yang dimuat naik di halaman rasmi Astro Radio Traffic, keadaan menunjukkan jalan dipenuhi air banjir.

Menurut Jabatan Penerangan Johor Bahru, terdapat beberapa kenderaan yang terpaksa berpatah balik ketika dalam perjalanan dari pusat bandar raya Johor Bahru menuju ke jalan Ros Merah Johor Bahru ekoran jalan di kawasan tersebut mula dinaiki air.

Selain itu, sebuah akaun Facebook, Aku Budak Kluang telah mengemaskini laporan bencana banjir di beberapa jalan negeri sekitar Kluang.

Halaman Facebook itu juga turut mengemaskini keadaan banjir kilat yang berlaku di Kluang dari semasa ke semasa.

Bukan itu sahaja, terdapat rakaman mengenai kejadian banjir kilat yang berlaku di sekitar kawasan kediaman mereka penduduk di sana.

Setakat ini tiada maklumat lanjut yang dapat dilaporkan mengenai keadaan banjir kilat di kawasan tersebut.

Kepada penduduk di kawasan yang terlibat, sila berwaspada dan patuhi arahan pihak berkuasa. Bagi sesiapa yang berada di atas jalan raya, perlahankan kenderaan anda ketika melalui laluan yang dinyatakan sebentar tadi dan berhati-hati semasa dalam pemanduan

Sumber: Aku Budak Kluang, Astro Radio Traffic, Jabatan Penerangan Johor Bahru & @nuraminah199