Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bekalan Air Di Klang Dan Kuala Langat Pulih Sepenuhnya

Gambar sekadar hiasan

Kuala Lumpur: Gangguan bekalan air tidak berjadual di dua kawasan di wilayah Klang dan lapan kawasan di wilayah Kuala Langat berikutan insiden paip pecah di kawasan tanah mendap sejak Isnin lepas telah pulih sepenuhnya.

Iklan

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 7 pagi ini menzahirkan penghargaan kepada para pengguna atas kesabaran sepanjang tempoh gangguan bekalan air.

Beliau turut memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai bekalan air dari semasa ke semasa menerusi laman sosial Twitter, Facebook, Instagram Air Selangor selain aplikasinya serta di laman sesawang www.airselangor.com.

”Air Selangor menyarankan pengguna untuk memuat turun aplikasi telefon Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk info terkini bekalan air. Sentiasa gunakan air secara berhemat,” katanya.

— BERNAMA