Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Seorang bekas menteri yang juga ahli parlimen bakal didakwa esok di Mahkamah Sesyen Rasuah, Jalan Duta Kuala Lumpur berhubung penyelewengan dana berjumlah lebih RM1 juta wang membabitkan wang peruntukan sebuah parti politik.
Memetik daripada laporan Sinar Harian, bekas menteri berusia 29 tahun itu dijangka berhadapan dengan dua pertuduhan di bawah seksyen 403 dan 405 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah.
Menurut sumber, jumlah keseluruhan penyelewengan yang dianggarkan berjumlah RM1.12 juta membabitkan wang milik parti politik yang mana beliau adalah ketua pemuda parti tersebut.
Selain itu, beliau juga dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sekyen Johor Bharu dalam masa terdekat ini.
Kata sumber lagi, siasatan ke atas ahli parlimen ini telah dijalankan sejak Jun 202 selepas menerima aduan berhubung kehilangan wang sejumlah RM250,000 dalam simpanannya.
Terdahulu, ahli parlimen ini mendakwa wang yang hilang tersebut adalah wang peribadi milik beliau dan ibu bapanya.
Sumber: Sinar harian