Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bekas Menteri Didakwa Esok Di Mahkamah Sesyen KL Berkaitan Kes Rasuah

Bekas Menteri Didakwa
Kredit: Bernama

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Seorang bekas menteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok berhubung kes yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Satu jemputan media yang dikeluarkan SPRM hari ini memaklumkan prosiding pertuduhan kes SPRM itu dijadualkan bermula pada 9 pagi.

Difahamkan bekas menteri berkenaan dijangka berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 berkaitan dengan perbuatan meminta, menerima, memberi, menjanjikan atau menawarkan suapan secara rasuah.