Belanjawan 2025: Cukai 2% Ke Atas Pendapatan Dividen Melebihi RM100,000 Akan Dilaksanakan
Cukai sebanyak 2 peratus akan dikenakan ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 yang diterima pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025.
Perkara berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.
Bagaimanapun, cukai berkenaan akan dikecualikan bagi pendapatan dividen daripada pelaburan seperti KWSP, Amanah Saham di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan pendapatan dividen dari luar negara.
Menurut Datuk Seri Anwar, ikhtiar itu dilaksanakan supaya cukai pendapatan yang dikutip tidak hanya bergantung kepada sumbangan penerima gaji.
“Ikhtiar ini dilaksanakan supaya cukai pendapatan yang dikutip tidak hanya bergantung kepada sumbangan penerima gaji.
“Namun ia turut merangkumi sumbangan pemilik syarikat serta individu dengan milikan harta saham jutaan ringgit,” katanya.
Sebaliknya akan turut merangkumi sumbangan pemilik syarikat serta individu dengan milikan harta saham jutaan ringgit.
BACA: Penyasaran Subsidi RON95 Akan Dilaksanakan Pertengahan 2025
BACA: Ini Maksud Sebalik Mantera Buka & Tutup Pintu Gua Dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok
BACA: Lelaki Kongsi Emaknya Mudah Terpengaruh, Sakan Main ‘Game’ Lepas Sembang Dengan Cashier MYDIN
Sumber: RTMKlik