Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 akan disalurkan kepada RM1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah termasuk latihan kontrak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan mengenai bantuan itu ketika membentang Belanjawan 2027 di Parlimen pada Jumaat.
“Mengenang jasa penjawat awam, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan untuk tahun depan kepada RM1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah termasuk latihan kontrak. Bantuan khas RM1,500,” katanya.
Selain itu, Bantuan Khas Kewangan melibatkan 1 juta pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen akan diberikan sebanyak RM750.
“Bantuan khas kewangan ini dibuat sebanyak dua kali, sebelum Aidilfitri dan menjelang ambang merdeka,” ujar Anwar.
