Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Belanjawan 2027: Kerajaan Melanjutkan Galakan Cukai Bagi Teknologi Hijau Dan Lestari Hingga Disember 2030

Galakan cukai
Kredit: Youtube Parlimen Malaysia

Kerajaan bersetuju menambah baik dan melanjutkan galakan cukai bagi teknologi hijau dan lestari sehingga 31 Disember 2030 bagi menggalakkan lebih banyak syarikat beralih kepada teknologi berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat yang menjalankan projek teknologi hijau dan lestari serta membangunkan stesen pengecasan kenderaan elektrik layak menikmati Elaun Cukai Pelaburan sehingga 100 peratus.

Insentif sama turut diberikan kepada syarikat yang membeli aset teknologi hijau untuk kegunaan sendiri, dengan kelayakan Elaun Cukai Pelaburan sehingga 100 peratus.

Pengumuman itu dibuat ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Anwar hari ini.

Intipati
  • Kerajaan melanjutkan galakan cukai teknologi hijau dan lestari hingga 31 Disember 2030.
  • Syarikat projek teknologi hijau dan stesen pengecasan EV layak menerima elaun cukai penuh.
  • Insentif sama diberi kepada syarikat membeli aset teknologi hijau untuk kegunaan sendiri.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan