Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Beli Baju Sambil Beramal, Ini Maksud Tersirat Rekaan Baharu Uniqlo PEACE FOR ALL

Buat penggemar jenama UNIQLO, projek amal PEACE FOR ALL kini tampil lagi dengan lima rekaan T-shirt baharu yang membawa mesej keamanan sejagat.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2022, inisiatif ini mendapat sambutan luar biasa dari seluruh dunia apabila melebihi 10 juta helai baju berjaya dijual, sekali gus mengumpul jumlah sumbangan mencecah 3 bilion yen (sekitar RM88.5 juta) setakat hujung Mac 2026.

Kesemua keuntungan hasil jualan koleksi ini disalurkan sepenuhnya kepada pertubuhan kemanusiaan antarabangsa seperti Badan Pelarian PBB (UNHCR), Save the Children, dan Plan International.

Bagi koleksi terbaharu ini, UNIQLO menampilkan sentuhan kreatif daripada beberapa kolaborator terkemuka:

Ke Huy Quan (Aktor Pemenang Anugerah Oscar) Bekas pelarian yang mencipta nama menerusi filem Indiana Jones dan Everything Everywhere All at Once ini menampilkan rekaan dengan mesej "Keep Smiling" berserta lukisan tangan emotikon senyum yang sering digunakannya dalam tandatangan.

Sofia Coppola (Pengarah & Penulis Skrip) Pengarah filem Lost in Translation ini memilih foto angsa yang berenang tenang di atas air simbolik kedamaian alam semula jadi, lengkap dengan mesej bertulis tangan "Peace for All".

Displacement Film Fund (DFF) Dana yang menyokong pembikin filem dalam kalangan pelarian ini hadir dengan rekaan gabungan kamera dan projektor filem berserta kata-kata kebebasan, kepercayaan, kemanusiaan, rasa hormat, dan maruah. Keuntungan jualan rekaan ini akan disalurkan semula kepada DFF.

Dick Bruna (Pencipta Miffy) Pereka grafik terkemuka menampilkan Miffy bersama mesej kedamaian sejagat "WORLD PEACE IS POSSIBLE".

PEANUTS (Komik Popular) Menampilkan watak-watak ikonik Snoopy dan rakan-rakan yang membawa mesej kasih sayang dan semangat kemasyarakatan.

Meskipun kesemua lima rekaan baharu ini mempunyai mesej tersendiri yang sangat bermakna, pihak kami berpeluang melihat dengan lebih dekat dua rekaan paling mencuri tumpuan daripada koleksi kali ini iaitu sentuhan daripada aktor Ke Huy Quan dan badan sokongan filem pelarian, Displacement Film Fund (DFF).

Berikut ialah kisah mendalam di sebalik rekaan khas yang dibawa oleh kedua-dua kolaborator ini.

Maksud Dibalik Rekaan Baju T 'PEACE FOR ALL'

Rekaan Ke Huy Quan – "Keep Smiling" (Baju Hitam)

Ke Huy Quan berkongsi bahawa sewaktu beliau muda, beliau sering menurunkan tandatangan bersama mesej dan lukisan emotikon ini. Katanya, walau dalam keadaan sukar, ukiran senyuman adalah perkara mudah yang boleh difahami oleh sesiapa sahaja dan mampu menyebarkan aura positif kepada orang lain.

Rekaan Displacement Film Fund – "Suara Pelarian" (Baju Off-White)

Perkataan-perkataan ini merupakan jawapan jujur daripada pembikin filem pelarian apabila ditanya mengenai makna 'keamanan' bagi mereka. Rekaan ini menggambarkan bagaimana kuasa lensa filem dapat menyampaikan suara pelarian kepada dunia. Uniknya, hasil keuntungan jualan rekaan ini akan disalurkan semula terus kepada DFF untuk terus membiayai bakat-bakat pelarian.

Melalui karya seni, kata-kata semangat, dan kuasa sinema, koleksi kali ini membuktikan bahawa suara golongan yang memerlukan sentiasa ada dan perlu didengari. Semoga setiap senyuman dan mesej keamanan yang dipakai menjadi peringatan kecil bahawa dunia yang lebih baik bermula daripada tindakan kita sendiri.

Bagi anda yang mahu bergaya sambil beramal, koleksi UNIQLO PEACE FOR ALL ini boleh didapati di cawangan UNIQLO berdekatan serta menerusi platform dalam talian rasmi mereka. Jadi, rekaan mana satu yang menjadi pilihan hati anda kali ini?

Uniqlo 'PEACE FOR ALL'
  • UNIQLO kembali melancarkan lima rekaan baharu untuk projek T-shirt amal ikonik mereka, PEACE FOR ALL. Menampilkan sentuhan pereka ternama dan tokoh antarabangsa, ketahui mesej kemanusiaan serta makna tersirat di sebalik rekaan pilihan kali ini.