Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bella Astillah Jadi Barista Sehari, Layan Lebih 500 Peminat Di Pembukaan TRUEDAN Malaysia

Artis tempatan, Bella Astillah mencuri perhatian apabila bertukar peranan menjadi barista sehari sempena pembukaan rasmi cawangan pertama jenama minuman Taiwan, TRUEDAN di IOI City Mall 2, baru-baru ini.

Lebih 500 peminat dan pengunjung hadir memeriahkan acara tersebut yang menyaksikan Bella mencuba sendiri penyediaan minuman ikonik TRUEDAN.

Di sebalik kaunter, Bella berpeluang memarut Meteoric Brown Sugar serta memotong Handmade Taiwanese Jellysebelum menghidangkan Signature Meteoric Brown Sugar Oolong Milk Tea with Taiwanese Jelly dan Taiwanese Crispy Milk Donuts kepada peminat.

https://www.instagram.com/p/Dc-cSC0E9FA/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Menurut Bella, Taiwanese Jelly menjadi antara perkara yang menarik perhatiannya kerana teksturnya berbeza daripada topping bubble tea yang biasa dinikmati.

Beliau turut mengakui teruja selepas mengetahui sendiri proses penyediaan minuman tersebut yang memerlukan ketelitian.

Lebih mencuit hati, Bella turut mendedahkan bahawa anak-anaknya, Ayden dan Ara, sudah awal-awal meminta supaya donut TRUEDAN dibawa pulang.

“Sudah tentu Ayden dan Ara dah pesan supaya saya bawa balik donut untuk mereka. Itu memang kegemaran mereka, jadi saya tahu memang akan tapau beberapa biji balik nanti,” katanya sambil ketawa.

Bukan Sekadar Bubble Tea

Selain minuman, TRUEDAN turut mengetengahkan Handmade Taiwanese Jelly yang mempunyai tekstur lembut dan kenyal sebagai alternatif kepada topping bubble tea biasa.

Sementara itu, Meteoric Brown Sugar pula diparut segar di kedai sebelum dimasukkan ke dalam minuman, memberikan aroma dan rasa yang lebih kaya.

TRUEDAN turut menawarkan Taiwanese Crispy Milk Donuts yang digoreng segar selepas dipesan.

Donut berkenaan hadir dalam tiga pilihan perisa iaitu Original, Kunafa Chocolate dan Kunafa Pistachio.

Cawangan pertama TRUEDAN di Malaysia itu sebelum ini menjalani tempoh pra-pembukaan selama sebulan bagi memberi peluang kepada pelanggan tempatan mencuba menu jenama berkenaan.

Tawaran Percuma Masih Diteruskan

Sambutan pembukaan TRUEDAN turut diteruskan pada 6 September dengan tawaran minuman dan donut percuma kepada pengunjung, selagi stok masih ada.

Pelanggan hanya perlu mendaftar sebagai ahli TRUEfriend, program keahlian rasmi TRUEDAN, untuk menebus Signature Meteoric Brown Sugar Oolong Milk Tea with Taiwanese Jelly bersama satu Taiwanese Crispy Milk Donutsecara percuma.

Ahli TRUEfriend juga boleh menikmati pelbagai manfaat lain termasuk diskaun 15 peratus setiap Selasa sempena TRUEday, promosi minuman dan baucar istimewa.